TAUBAT DAN KEBERKAHAN REZEKI

0
14

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. dengan sebenar-benar taqwa, yaitu istiqamah dalam mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-31  surah as-Syura :

وَلَوْ بَسَطَ اللَّـهُ الرِّ‌زْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَـٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ‌ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ‌ بَصِيرٌ‌ ﴿٢٧﴾ وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ‌ رَ‌حْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ ﴿٢٨﴾ وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَابَّةٍ ۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاءُ قَدِيرٌ‌ ﴿٢٩﴾ وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ‌ ﴿٣٠﴾ وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْ‌ضِ ۖ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ‌

Artinya : “Dan kalaulah Allah meluaskan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi; akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya). Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. – sebagai pelindung atau pemberi pertolongan”.

Alhamdulillah pada hari ini kita berkumpul di sini bagi sama-sama memohan kasih sayang dan rahmat daripada Allah agar terus memberi kepada kita semua nikmat  yang berkat yang dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita semua faham dan yakin bahawa nikmat anugerah Allah SWT.  kepada umat manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah SWT.  paada setiap masa dan tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah SWT. ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah SWT. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT. agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah SWT. sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat.

Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah SWT. menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala’ atau pun ia merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah SWT. Antara bala’ daripada Allah SWT. ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah SWT. di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala’ Allah SWT. yang turun seumpama suburnya program maksiat samada dalam rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan maklumat seperti TV, radio, media cetak, internet dan sebagainya yang melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah SWT.

Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ ……وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا……

Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT. agar kamu tidak menemui zaman itu. Antaranya…. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diturunkan hujan oleh Allah SWT.

Pada hari ini saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan samada secara terang-terangan atau sembunyi, sedar atau tidak. Sesungguhnya amalan banyak istighafar dijanjikan dengan begitu banyak kelebihan oleh Allah.

Firman Allah SWT. dalam ayat 10-12  surah Nuh :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُ‌وا رَ‌بَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارً‌ا ﴿١٠﴾ يُرْ‌سِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَ‌ارً‌ا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارً‌ا

Artinya : “Mohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah SWT. kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu”.

Melihat kepada arahan dan perintah SWT dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala’ daripada Allah SWT. Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.

Firman Allah SWT. dalam ayat 16  surah al-Jin :

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِ‌يقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا

Artinya:  “Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka”.

Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah SWT. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pelakunya saja.

Semoga dengan pelaksanaan shalat sunah Istisqa’ yang kita lakukan saat ini akan memberikan keberkahan bagi diri kita, keluarga dan masyarakat serta bangsa Indonesia yang saat ini masih banyak daerah yang dilanda kemarau panjang sehingga banyak daerah yang kena kebakaran hutan.

(Intisari khutbah Shalat Istisqa’ yang dilaksanakan pada Jum’at (19/09/2019) di Halaman Kampus MAN Insan Cendekia Tanah Laut Kalimantan Selatan)

Views All Time
Views All Time
11
Views Today
Views Today
1

LEAVE A REPLY